Wednesday, 8 February 2023

 

COVID-19: Tunjuk perasaan di Wuhan, desak sekatan ditamatkan

  • Published in Berita Dunia

(Orang ramai membantah sekatan COVID-19 di Shanghai pada Ahad lalu/FOTO REUTERS)

CHINA, 29 November - Beribu-ribu penunjuk perasaan menuju ke jalan-jalan utama di bandar Wuhan.

Keadaan itu tidak pernah berlaku sejak Presiden Xi Jinping mengambil alih kuasa sedekad lalu.

Rakyat di bandar-bandar utama termasuk Shanghai dan Beijing juga beramai-ramai mendesak sekatan COVID-19 agar ditamatkan.

Malah pelajar-pelajar di kampus seluruh China juga menyertai tunjuk perasaan dan kecewa dengan pengurusan COVID oleh pihak berkuasa di negara itu.


(Kawalan COVID-19 menjejaskan ekonomi di negara itu.

Bantahan terhadap pembekuan deposit oleh bank luar bandar di luar
bangunan People's Bank of China di Zhenzhou pada Julai lalu/FOTO REUTERS)


Sekatan COVID-19 meningkatkan kebimbangan mengenai negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu. - REUTERS