Thursday, 8 December 2022

Solidariti selepas kematian Mahsa Amini diteruskan

  • Published in Berita Dunia

(Seorang penunjuk perasaan menjerit semasa demonstrasi menentang rejim Iran/AFP)

PARIS, 3 Oktober- Beribu-ribu orang berarak di Paris pada Ahad untuk mengutuk kepimpinan Islam Iran dalam menunjukkan solidariti terhadap protes yang tercetus di seluruh negara selepas kematian Mahsa Amini.

Berikutan itu, perhimpunan besar di bandar-bandar utama termasuk Los Angeles dan Toronto berlaku pada hujung minggu.

Sekumpulan besar orang berjalan kaki dari hab protes ke ibu kota Perancis itu di Place de la Republique menuju Place de la Nation.

"Sertai revolusi feminis pertama!" dan "Mahsa Amini, namamu telah menggegarkan kezaliman!" antara slogan yang dibawa oleh penunjuk perasaan.

Mereka melaungkan "Wanita, Kehidupan, Kebebasan", tiga perkataan yang menjadi slogan utama protes itu.

Walaupun tindakan keras yang Menurut kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR), biarpun tindakan keras telah dikenakan, namun protes terus berlaku setiap hari dan telah menyebabkan 92 orang terbunuh.

"Buat kali ini, wanitalah yang bangkit dan disertai oleh lelaki. Inilah masanya untuk cuba mengubah keadaan," kata Guilda Torabi, pelajar berasal dari Iran.

"Mereka keluar untuk membantah, tetapi mereka terbunuh. Kami bertuah kerana dapat berdemonstrasi dan berjuang untuk mereka. Jadi kami akan terus datang," katanya.-AFP


(Seorang penunjuk perasaan mengecat muka dengan lukisan ikonik Perancis "Marianne"/AFP)