Tuesday, 29 November 2022

Mahkamah Perlembagaan Rusia iktiraf perjanjian gabung empat wilayah Ukraine

  • Published in Berita Dunia

(Orang ramai menghadiri perhimpunan dan konsert sempena
penggabungan empat wilayah Ukraine di Moscow/AFP)

MOSCOW, 2 Oktober- Mahkamah Perlembagaan Rusia mengiktiraf perjanjian yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin untuk menggabungkan empat wilayah Ukraine, menjadi sebahagian daripada Persekutuan Rusia.

Dokumen mahkamah yang diterbitkan dalam talian menyatakan perjanjian itu selaras dengan perlembagaan negara.

Empat wilayah tersebut ialah Donetsk, Kherson,Lugansk dan Zaporizhzhia yang mendakwa telah ditindas tentera Ukraine dan sekutunya sejak 2014.-AFP


(Presiden Rusia menyanyikan lagu kebangsaan semasa perhimpunan dan konsert 
menandakan penggabungan empat wilayah di Moscow pada 30 Sept. 2022/AFP)