Sunday, 2 October 2022

Mahkamah tertinggi Afrika Tengah batalkan dekri tulis semula perlembagaan

  • Published in Berita Dunia

(FOTO AFP)

BANGUI, 23 September- Mahkamah tertinggi Republik Afrika Tengah membatalkan Dekri Presiden, menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menulis semula perlembagaan.

Mahkamah Perlembagaan mengisytiharkan bahawa dekri itu "tidak berperlembagaan dan tidak sah", undang-undang asas hanya boleh disemak selepas Senat ditubuhkan.

Mahkamah juga menjelaskan, ebarang referendum untuk menyemak semula perlembagaan perlu dimulakan oleh presiden tetapi dia tidak boleh melanggar sumpah yang dibuat semasa pelantikannya untuk mengelak daripada mengubah suai bilangan dan tempoh mandatnya.

Dekri itu mencetuskan mencetuskan kebimbangan pembangkang bahawa Presiden Faustin Archange Touadera berhasrat mendapatklan mandat untuk penggal ketiga dalam jawatan.

(Faustin Archange Touadera/AFP)

Touadera pertama kali dipilih pada 2016, kemudian dipilih semula dalam tinjauan pendapat yang sangat kontroversi pada 2020.

Perlembagaan semasa tidak membenarkannya bertanding semula.

Kumpulan pembangkang dan masyarakat sivil pada 27 Ogos mengadakan bantahan di ibu negara menolak perubahan perlembagaan. -AFP