Sunday, 2 October 2022

UK mansuh pelaksanaan dasar EU mengehadkan bonus jurubank

  • Published in Berita Dunia

LONDON, 23 September- United Kingdon memansuhkan had bonus jurubank bagi merancakkan sektor kewangan selepas Brexit.

Dasar Kesatuan Eropah (EU) itu mengehadkan bonus jurubank kepada tidak lebih dua kali ganda gaji pokok.

Perdana Menteri Britain yang baharu, Liz Truss berkata penghapusan had bonus akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Kwasi Kwarteng ketika membentangkan mini bajet.

Beliau berkata Britain memerlukan "bank global melabur pekerjaan di sini dan membayar cukai di sini di London, bukan di Paris, bukan di Frankfurt dan bukan di New York".

"Ekonomi UK yang kukuh bergantung pada sektor perkhidmatan kewangan yang kukuh", tambah beliau.

Langkah itu bersama-sama pemansuhan had cukai pendapatan tertinggi, bagaimanapun dikritik parti pembangkang.

“Semuanya berdasarkan ideologi lapuk yang mengatakan jika kita hanya memberi ganjaran kepada mereka yang sudah kaya, seluruh masyarakat akan mendapat manfaat,” kata jurucakap kewangan bagi parti pembangkang utama, Rachel Reeves. -AFP

(Liz Truss berkata penghapusan had bonus akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan
pekerjaan/AFP)