Wednesday, 28 September 2022

Pemulihan banjir New Zealand ambil masa beberapa tahun

  • Published in Berita Dunia

(Foto AFP)

NELSON, 19 Ogos- Bandar New Zealand yang musnah akibat banjir akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih, kata Datuk Bandar, ketika ratusan lagi penduduk dipindahkan.

Negara itu dilanda cuaca buruk dengan daerah Nelson-Tasman di Pulau Selatan terjejas teruk hujan lebat sekitar 75 sentimeter yang berlanjutan selama tiga hari.

Beberapa jalan di bandar Nelson juga dinaiki air selepas tebing Sungai Maitai pecah.

Datuk Bandar Nelson, Rachel Reese, berkata kerosakan jalan dan infrastruktur bandar itu akan 'mengambil masa beberapa tahun, bukan berbulan-bulan' untuk dibaiki.

Katanya, penduduk Nelson berdepan situasi kritikal berhubung penggunaan air kerana bekalan di bandar itu terganggu disebabkan tanah runtuh yang merosakkan saluran utama dari kolam takungan.


(sebuah kereta dan rumah yang ditenggelami banjir dari Sungai Maitai
yang melimpah di tengah Nelson di Pulau Selatan New Zealand/AFP)

Menteri Pengurusan Kecemasan New Zealand, Kieran McAnulty menjanjikan AS$125,000 (RM559,562) bantuan dan mengesahkan lebih 400 rumah kini telah dipindahkan di Nelson, menyaksikan perintah darurat masih berkuat kuasa.

Beliau turut menambah, musibah tersebut juga menyebabkan 60 buah rumah rosak dan tidak dapat didiami.

Bandar New Plymouth menghadapi taburan hujan paling tinggi sepanjang bulan ini dengan rekod pada permulaan sekitar 10 sentimeter dalam tempoh 12 jam.

Kumpulan pakar berkata perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia menyebabkan kekerapan berlakunya kejadian cuaca ekstrem seperti gelombang panas, kemarau dan banjir.- AFP