Tuesday, 29 November 2022

Serangan terhadap stesen janakuasa Zaporizhzhia meningkatkan risiko bencana

  • Published in Berita Dunia

(Loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di luar bandar Enerhodar
yang dikawal Rusia di Ukraine/REUTERS)

KIEV, 15 Ogos- Serangan terhadap stesen janakuasa Zaporizhzhia di tenggara Ukraine, meningkatkan risiko berlakunya bencana nuklear terbesar di Eropah.

Amaran itu dikeluarkan Datuk Bandar Energodar, Dmytro Orlov ketika Ukraine dan Rusia saling menuduh melancarkan serangan di kemudahan berkenaan.

Katanya, hampir setiap hari kawasan stesen berkenaan dihujani bom sejak beberapa minggu lalu.

Stesen Zaporizhzhia di tenggara Ukraine telah diduduki oleh tentera Rusia sejak Mac, dan Kiev telah menuduh Moscow meletakkan ratusan askar dan senjata di sana bagi mengelak serangan.

"Apa yang berlaku di sana adalah keganasan nuklear secara terang-terangan, dan ia boleh berakhir tanpa diduga pada bila-bila masa," kata Datuk Bandar Energodar, Dmytro Orlov.-AFP

 
Stesen janakuasa Zaporizhzhia di selatan Ukraine telah diduduki pada awal peperangan dan ia kekal di tangan Rusia/AFP)