Sunday, 2 October 2022

Bomba isytihar kebakaran tangki minyak di Cuba terkawal

  • Published in Berita Dunia

MATANZAS, 12 Ogos- Bomba isytihar kebakaran tangki minyak di Cuba 'terkawal'.

Kebakaran sejak lima hari lalu telah memusnahkan pangkalan simpanan bahan api di Matanzas, di barat negara itu.

Bomba menyifatkan ia sebagai kebakaran terburuk dalam sejarah Cuba yang memusnahkan 40 peratus depoh simpanan bahan api utama pulau Caribbean berkenaan.

Kebakaran memusnahkan empat tangki dengan kapasiti menyimpan 50 juta liter bahan api setiap satu.

(Anggota bomba masih melakukan kerja-kerja pemadaman di lokasi kebakaran / Foto REUTERS) 

Seorang anggota bomba maut dan 14 masih hilang manakala lima dalam keadaan kritikal.

Bantuan pemadaman kebakaran turut melibatkan Mexico dan Venezuela.

Matanzas ialah pelabuhan terbesar Cuba menerima import minyak mentah dan bahan api yang digunakan terutamanya untuk menjana elektrik di pulau itu. -REUTERS