Sunday, 2 October 2022

Seoul henti pembinaan rumah pangsa separuh bawah tanah

  • Published in Berita Dunia

SEOUL, 12 Ogos- Seoul akan menghentikan pembinaan rumah pangsa separuh bawah tanah secara berperingkat susulan banjir yang melanda bandar itu.

Mulai minggu ini, Seoul tidak lagi mengeluarkan permit untuk membina rumah sedemikian dan penduduk akan dipindahkan ke pangsapuri sedia ada.

Rumah pangsa kecil berkenaan biasanya disewakan kepada penduduk yang berpendapatan rendah.

(Salah seorang penduduk membersihkan kediamannya yang ditenggelami banjir / Foto REUTERS)

Isnin lalu, dua beradik berusia 40-an dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, ditemui mati dalam kediaman bawah tanah mereka yang dilanda banjir.

Mangsa dipercayai meminta bantuan tetapi pasukan penyelamat tidak berjaya menemui mereka.

Insiden berkenaan menarik perhatian kepada ketidaksamaan pendapatan dan bahaya menetap di kediaman bawah tanah.

Pihak perbandaran Seoul berkata ia akan berunding dengan kerajaan untuk menyemak semula undang-undang bangunan bagi mengenakan larangan sepenuhnya terhadap penggunaan ruang bawah tanah sebagai tempat tinggal. -REUTERS