Friday, 19 August 2022

Terumbu karang rosak, aktiviti renang dan selam skuba dilarang

  • Published in Berita Dunia

HANOI, 27 Jun - Vietnam melarang aktiviti renang dan selam skuba di pusat pelancongan popular dalam usaha untuk memulihkan terumbu karangnya yang rosak.

Negara yang mempunyai lebih daripada 3,200 kilometer pantai dengan air yang jernih, kehidupan laut yang meriah dan pantai berpasir menjadi tarikan besar pelancong.

Terumbu karang di seluruh Asia Tenggara telah terjejs teruk akibat kenaikan suhu global dengan saintis memberi amaran kemerosotannya boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar dan ekonomi.

(FOTO AFP)

Visual di kawasan kepulauan Hon Mun yang terletak kira-kira 14 kilometer dari bandar Nha Trang dan popular di kalangan penyelam menampakkan terumbu karangnya luntur dan rosak.

"Pihak berkuasa pengurusan teluk Nha Trang memutuskan untuk menghentikan aktiviti berenang dan selam skuba di kawasan sekitar pulau Hon Mun," kata pegawai dalam satu kenyataan.

Larangan itu adalah untuk menilai keadaan kawasan sensitif supaya pelan yang sesuai untuk menggubal kawasan pemuliharaan laut dapat dibuat.

Berkuat kuasa Isnin, larangan itu akan berlarutan sehingga diberitahu kelak.-AFP