Friday, 19 August 2022

Pihak berkuasa Myanmar bakar dadah bernilai lebih setengah bilion dolar sempena Hari Dadah Sedunia

  • Published in Berita Dunia

(FOTO AFP)

YANGON, 27 Jun- Bersempena Hari Dadah Sedunia, pihak berkuasa Myanmar membakar dadah bernilai lebih setengah bilion dolar Amerika yang dirampas.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha membasmi bahan terlarang itu.

Bulan lalu, Pejabat Dadah dan Jenayah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pihak berkuasa merampas hampir 172 tan metafetamin, kira-kira tujuh kali ganda lebih banyak berbanding sedekad lalu.

Segitiga Emas di Asia Tenggara telah lama lama terkenal sebagai pusat pengedaran dadah.

(Kepulan asap dadah haram hasil rampasan yang dibakar sebagai tanda Hari Dadah Sedunia PBB di Yangon/ AFP)

Sempadan Myanmar, Laos dan Thailand yang senang direntasi serta kurangnya penguatkuasaan pihak polis membenarkan bahan haram itu memasuki negara.

Negeri Shan di utara Myanmar kekal sebagai sumber utama metafetamin.

Lebih banyak dadah berjaya diseludup ke Laos, kemudiannya masuk ke Thailand dan seterusnya Malaysia.

Dadah tersebut kemudiannya diseludup ke negara-negara di seluruh Asia Pasifik. -AFP