Friday, 19 August 2022

20 remaja maut di sebuah kelab malam di Afrika Selatan

  • Published in Berita Dunia

(FOTO AFP)

AFRIKA SELATAN, 27 Jun- Sekurang-kurangnya 20 remaja maut pada hujung minggu di sebuah kelab malam di bandar East london di Afrika Selatan.

Pegawai tertinggi kerajaan wilayah itu bergegas ke kawasan kejadian dan masih tidak menemui sebarang punca yang menyebabkan kematian.

Kenderaan mayat juga dilihat beratur di jalan raya bagi membawa mayat berkenaan ke hospital bagi bedah sisasat.

Ketua jabatan keselamatan kerajaan wilayah, Weziwe Tiakan-Gxothiwe berkata, jumlah kematian meningkat kepada 20 orang, dengan tiga daripadanya meninggal di hospital.

Manakala dua lagi masih dalam keadaan kritikal.

(Pihak polis dilihat berada di bandar selatan, Afrika Selatan selepas 20 remaja maut di dalam sebuah pub./ AFP)

Kelab malam itu dikelilingi oleh rumah-rumah di kawasan yang dipanggil Scenery Park.

Pegawai keselamatan kerajaan, Unathi Binqose berkata, pihaknya menemui botol kosong alkohol, rambut palsu dan juga selempang dengan tulisan 'Selamat Hari Lahir' berwarna ungu pastel ditemui berselerak di jalanan.

Jurucakap polis, Themboinkosi Kinana menyatakan polis sedang menyiasat kejadian itu.

Katanya, mangsa yang terlibat berumur antara 18 hingga 20 tahun dan mungkin juga terdapat remaja 15 tahun.

Tiada kesan kecederaan dilihat pada mangsa dan kelab itu menerima pelanggan melebihi kebiasaan.

Ibu bapa yang berkumpul di kawasan kelab malan itu dilihat ditenangkan oleh pegawai polis. -AFP