Friday, 19 August 2022

Reezal Merican ketua delegasi Malaysia pada WUF ke-11

  • Published in Berita Dunia

KATOWICE, 26 Jun- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia pada Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) di sini bermula hari ini.

Dalam kenyataan di sini semalam, Reezal Merican berkata selain menyertai forum bertema ‘Transforming Our Cities, For A Better Urban Future’, beliau juga akan merasmikan Pavilion Malaysia dan prapelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM), Selasa ini.

Pada WUF11, Reezal Merican dijadual menyampaikan ucapan mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) pada sesi tindakan berjudul ‘Liveability as a Vehicle Towards Achieving Urban Sustainability’.

WUF ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia hari ini iaitu perbandaran pesat dan kesannya terhadap komuniti, bandar, ekonomi dan perubahan iklim.

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican)

Anjuran Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) ialah salah satu perhimpunan antarabangsa yang paling inklusif mengenai isu-isu bandar.

Ia menghimpunkan wakil kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat sivil. -BERNAMA