Friday, 19 August 2022

Kekurangan bahan api, pemandu trak tunjuk protes di jalan raya utama

  • Published in Berita Dunia

SAN PEDRO, 25 Jun - Puluhan pemandu trak melakukan protes di jalan raya utama di Argentina susulan kekurangan dan kenaikan harga bahan api tersebut.

Kekurangan bahan api di Argentina telah memberi kesan kepada pelbagai industri di negara berkenaan.

(Barisan trak yang panjang menghalang lebuh raya antara Buenos Aires dan Rosario, di San Pedro,
wilayah Buenos Aires, Argentina, membantah kenaikan harga dan kekurangan bahan api / FOTO AFP)

Kebanyakan pemandu trak meminta agar satu pertemuan dengan kerajaan Argentina dapat diatur.

Ia bagi memastikan Kerajaan Argentina mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan masalah tersebut.-AFP