Friday, 19 August 2022

Eropah berisiko berdepan lonjakan wabak cacar monyet sepanjang cuti musim panas

  • Published in Berita Dunia

GENEVA, 25 Jun - Negara-negara Eropah berisiko besar berdepan lonjakan wabak cacar monyet sepanjang cuti musim panas ini.

Ini berikutan terdapat lebih 800 festival bakal diadakan sepanjang tempoh tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun tidak mengarahkan acara itu dibatalkan.

(FOTO AFP)

Sebaliknya pengunjung hanya perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) masing-masing bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Perunding Komunikasi Kanan WHO, Sarah Tyler percaya, ratusan ribu pengunjung dari pelbagai negara akan hadir meraikan festival itu dan menggesa pihak penganjur menggiatkan usaha menyebarkan maklumat mengenai wabak berkenaan kepada pengunjung.

Ketika ini, lebih 3,200 cacar monyet dilaporkan di 48 buah negara.-AFP