Friday, 19 August 2022

Croatia rekod kes pertama cacar monyet

  • Published in Berita Dunia

(FOTO HIASAN REUTERS)

ZAGREB, 25 Jun- Hospital Penyakit Berjangkit Dr Fran Mihaljevic di Zagreb, Croatia melaporkan kes pertama jangkitan cacar monyet melibatkan seorang lelaki yang baru pulang selepas melawat Itali dan Sepanyol.

Lelaki itu tidak dimasukkan ke hospital sebaliknya menjalani kuarantin kendiri di rumah, lapor Agensi Berita Croatia (HINA), memetik penyiar HRT.

Cacar monyet sudah mula merebak di negara-negara di luar Afrika, dianggarkan 2,500 kes telah dikesan di 35 negara setakat ini. -BERNAMA

(Dianggarkan, 2,500 kes cacar monyet telah dikesan di 35 negara setakat ini/REUTERS)