Friday, 19 August 2022

Rakyat AS diberi hak bawa senjata api

  • Published in Berita Dunia

(Bangunan Capitol, Washington D.C/ AFP)

WASHINGTON, 24 Jun- Susulan beberapa tragedi siri tembakan rambang di Amerika Syarikat.

Mahkamah Agung memutuskan bahawa rakyatnya tetap mempunyai hak untuk membawa senjata api di kawasan awam.

Ia sekali gus membatalkan undang-undang berusia ratusan tahun di New York yang memerlukan seseorang itu membuktikan keperluan memiliki senjata api.

Presiden, Joe Biden bagaimanapun mengecam keputusan tersebut sambil menyifatkan ia bercanggah dengan Perlembagaan.

Perkara yang diputuskan itu turut menjejaskan beberapa negeri lain, termasuk California yang mengguna pakai undang-undang sama.

(Foto hiasan/ AFP)

Ia dilihat menyekat keupayaan pihak berkuasa tempatan untuk menghalang orang awam daripada membawa senjata di khalayak ramai.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Eric Adams memberi amaran akan berlaku lebih banyak siri tembakan rambang di kawasan awam.

Ini selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa rakyatnya tetap mempunyai hak untuk membawa senjata api di kawasan awam.

Menurut Adams, keputusan itu telah membelakangkan kebimbangan orang awam terhadap kejadian keganasan di negara itu.

Ia juga menyebabkan masyarakat menjadi semakin tidak selamat. -AFP