Saturday, 25 June 2022

WHA terima laporan Keadaan Kesihatan Palestin tanpa sebarang pindaan

  • Published in Berita Dunia

GENEVA, 27 Mei- Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) ke-75 sebulat suara menerima keputusan mengenai Keadaan Kesihatan di Wilayah Palestin yang diduduki termasuk di Baitulmaqdis timur dan Golan, Syria.

Ia hasil laporan salah satu jawatankuasa pada persidangan itu yang diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Keputusan itu dibacakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Presiden WHA ke-75.

(Khairy Jamaluddin ketika mempengerusikan sidang WHA ke-75, di Geneva, hari ini)

"Resolusi pertama bertajuk Skala Taksiran 2022-2023, manakala resolusi kedua bertajuk 'Status Kutipan Sumbangan Capaian yang menggunakan Artikel ke-7 dalam perlembagaan,

"Sekali lagi saya bawa untuk perhatian Perhimpunan Kesihatan sama ada untuk menerima keputusan, akhirnya dua resolusi tersebut diterima tanpa sebarang bantahan," jelasnya ketika mempengerusikan sidang WHA hari ini.

WHA Ke-75 berlangsung mulai 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva, Switzerland.

Ia bertemakan ‘Health for Peace, Peace for Health’.