Monday, 27 June 2022

Parlimen Jepun lulus RUU pertingkat perlindungan terhadap wanita

  • Published in Berita Dunia

(Gambar fail)

TOKYO, 20 Mei - Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk memperkasakan kebajikan dan melindungi kaum wanita yang miskin dan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan seksual, lapor Sputnik pada Khamis.

Menurut agensi berita Kyodo, keputusan itu diambil susulan desakan pelbagai pihak bahawa peraturan sedia ada bawah Undang-undang Antipelacuran 1956 sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Wanita Jepun kerap menghadapi masalah seperti kemiskinan, serangan seksual, penderaan dan kemurungan yang menjadi antara punca peningkatan kes bunuh diri.

(Wanita Jepun kerap menghadapi masalah seperti kemiskinan, serangan seksual, penderaan dan
kemurungan yang menjadi antara punca kepada peningkatan kes bunuh diri/Gambar hiasan)

Undang-undang baharu itu bertujuan membangunkan pelbagai langkah untuk melindungi wanita kurang bernasib baik dan menyediakan pekerjaan serta bantuan perumahan dengan mengadakan penyelarasan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan hak asasi manusia.

Parlimen Jepun juga merancang menyemak semula peruntukan Undang-undang Antipelacuran mengenai kaunseling dan tempat perlindungan wanita untuk dimasukkan dalam perundangan baharu.

Undang-undang itu dijangka berkuat kuasa pada April 2024.- BERNAMA