Monday, 27 June 2022

Pasangan kembar siam berjaya dipisahkan di Yemen

  • Published in Berita Dunia

RIYADH, 16 Mei- Pasangan kembar siam dari kawasan konflik di Yemen berjaya diasingkan dalam satu prosedur pembedahan.

Pembedahan dilaksanakan kumpulan doktor Arab Saudi.

Pasangan bayi itu berjaya dipisahkan dalam pembedahan yang berlangsung selama 15 jam.

Menurut media tempatan, prosedur disertai 24 doktor dan dilaksanakan dalam empat fasa pembedahan.

(Keadaan pasangan bayi kembar sebelum berjaya dipisahkan pakar perubatan Yaman. /AFP)

Kumpulan pengamal perubatan itu menyifatkannya sebagai antara pembedahan paling rumit dalam sejarah.

Pasangan bayi bernama Yussef dan Yassin itu memiliki beberapa organ yang bercantum. -AFP