Monday, 27 June 2022

Satu maut, empat parah insiden tembakan di gereja LA

  • Published in Berita Dunia

CALIFORNIA, 16 Mei- Seorang maut dan empat parah dalam insiden tembakan di sebuah gereja berhampiran Los Angeles.

Insiden terjadi sehari selepas kejadian tembakan di New York yang mengorbankan 10 nyawa.

Suspek merupakan seorang lelaki berketerunan Asia berusia dalam lingkungan 60an.

Dia berjaya ditahan orang ramai sebelum polis tiba.

Turut dirampas senjata yang dipercayai digunakannya.

(Kenderaan polis di hadapan gereja tempat kejadian tembakan berlaku. /AFP)

Pejabat Gabenor California, Gavin Newsom memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan pegawai tempatan untuk memantau keadaan susulan kejadian itu.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada mangsa dan waris.

Sehari sebelum tragedi itu, seorang remaja 18 tahun menembak mati 10 mangsa di sebuah pasaraya di Buffalo, New York. -AFP