Monday, 27 June 2022

Rakyat Palestin berhimpun sambut ulang tahun Nakba

  • Published in Berita Dunia

BAITULMAQDIS, 16 Mei- Ulang tahun Nakba diperingati rakyat Palestin dengan mengadakan tunjuk perasaan di Tebing Barat.

Perhimpunan kali ini turut menyaksikan insiden kematian wartawan, Shireen Abu Akleh dan siri operasi polis di kediaman penduduk menjadi bahan kritikan.

Perhimpunan tahunan itu diadakan di bandar Jenin.

Selain penduduk, ia turut disertai Briged Syahid Al-Aqsa yang menyertai pakatan kumpulan bersenjata Palestin.

Ketika berarak mereka turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap rejim Israel.

Mereka mengutuk negara haram itu kerana didakwa terlibat kematian wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh dan aktivis Daoud al-Zubaidi akibat operasi pihak berkuasa negara haram itu di Palestin.

(Seorang wanita Palestin memegang poster wartawan Shireen Abu Akleh yang dibunuh baru-baru ini
semasa perhimpunan untuk menandakan ulang tahun ke-74 Nakba. /AFP)

Nakba atau Perang Arab-Israel terjadi pada 1948.

Ia yang turut digelar hari mala petaka menyaksikan Palestin dijarah dan sebahagian wilayah negara jiran turut dirampas negara haram terbabit. -AFP