Saturday, 25 June 2022

Dua maut, tiga cedera dalam kejadian tembakan di pasar karat di Houston AS

  • Published in Berita Dunia

HOUSTON, 16 Mei- Dua maut di tempat kejadian dan tiga lagi parah dalam insiden tembakan di pasar karat di Houston, Texas Amerika Syarikat (AS) semalam, lapor Xinhua.

Kejadian dipercayai akibat pertengkaran membabitkan lima lelaki, menurut Pejabat Syerif Kaunti Harris.

Kesemua mangsa berusia awal dan pertengahan 20-an, berkemungkinan mengenali antara satu sama lain.

Syerif Kaunti Harris, Ed Gonzalez berkata dianggarkan terdapat "ribuan" orang awam di pasar itu ketika tembakan dilepaskan.

(Foto fail)

Dua suspek telah ditahan dan suspek ketiga menerima rawatan di hospital, menurut ABC News.

Sekurang-kurangnya dua pucuk pistol turut dijumpai.