Monday, 27 June 2022

Sengaja membanjirkan kampung: Strategi kekang serangan Rusia

  • Published in Berita Dunia

(Antara kawasan masih ditenggelami air di Demydiv, semalam, selepas pasukan Ukraine dikata melepaskan
air empangan untuk menghalang kemaraan tentera Russia/FOTO REUTERS)


DEMYDIV, 16 Mei- Strategi tentera Ukraine sengaja membanjirkan sebuah perkampungan kecil di utara Kiev, didakwa berjaya mencegah antara serangan Rusia ke atas ibu kota itu sebelum ini.

Pasukan Ukraine dikatakan melepaskan air sebuah empangan ketika awal peperangan di Demydiv, menyebabkan air Sungai Irpin melimpah sehingga membanjiri perkampungan itu dan kawasan sekitar.

Tindakan itu disifatkan sebagai faktor penghalang terhadap kemaraan tentera dan kereta kebal Rusia.

"Sudah tentu langkah itu bagus. Apa akan berlaku jika mereka (tentera Rusia) dapat menyeberangi sungai kecil itu dan mara ke Kiev?" kata penduduk Demydiv, Volodymyr Artemchuk, 60.

Kira-kira dua bulan kemudian, penduduk perkampungan itu masih berdepan kesan banjir berkenaan, termasuk menggunakan bot untuk bergerak ke tempat lain dan bercucuk tanam di sisa kawasan tanah yang kering.

(Penduduk menaiki bot di kawasan yang masih ditenggelami air di Demydiv, semalam
selepas pasukan Ukraine dikata melepaskan air empangan untuk menghalang kemaraan tentera Russia/ FOTO REUTERS)

Kanak-kanak pula terpaksa menjadikan kawasan tanah lembap sebagai taman permainan.

Dalam peperangan yang sudah memasuki bulan ketiga, pasukan Russia kini berusaha mengepung tentera Ukraine untuk menawan Donbas. -REUTERS