Sunday, 26 June 2022

11 terkorban bas jatuh gaung

  • Published in Berita Dunia




LA PAZ, 30 Januari- Sebuah bas di Bolivia terjatuh 400 meter (1,300 kaki) ke dalam gaung pada hari Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.

Jumlah sebenar penumpang bas tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Pemandu bas antara yang terselamat dan pihak berkuasa tempatan percaya, dia boleh membantu dalam siasatan.

Punca kemalangan itu juga sedang disiasat.

Kemalangan berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan di lebuh raya antara bandar Kami dan Quillacollo di bandar Cochabamba.

Seorang kanak-kanak antara yang maut dan dua lagi dimasukkan ke hospital, kata polis.

Institut Statistik Kebangsaan berkata 1,096 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Bolivia pada 2020.- AFP