Tuesday, 17 May 2022

Risiko varian Omicron kekal sangat tinggi

  • Published in Berita Dunia

FOTO AFP

GENEVA, 26 Januari - Risiko varian Omicron kekal pada tahap sangat tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini laporan mingguan epidemiologi memaklumkan lebih 21 juta kes baharu direkodkan minggu lepas.

Ia merupakan jumlah kes mingguan tertinggi direkodkan sejak pandemik bermula.

Menurut WHO, hampir 50,000 kematian akibat COVID-19 turut dilaporkan.

Varian Omicron terus meningkatkan dominasi di peringkat global. -AFP