Tuesday, 17 May 2022

Lubnan: Dadah pil Captagon disembunyikan dalam teh, dirampas

  • Published in Berita Dunia

FOTO AFP

BEIRUT, 26 Januari- Pihak berkuasa Lubnan telah merampas sejumlah besar dadah pil Captagon yang disembunyikan dalam penghantaran teh menuju ke Arab Saudi.

Pada Selasa, Menteri Dalam Negeri, Bassam Mawlawi berkata pil berkenaan terlebih dahulu menuju ke Togo di Afrika dan destinasi terakhirnya adalah Arab Saudi.

Pil berkenaan dipercayai dikilangkan di Lubnan atau Syria yang disembunyikan dalam tujuh tan produk teh di pelabuhan Beirut.

Arab Saudi mengenakan sekatan perdagangan yang serius ke atas Beirut selepas penghantaran terbesar dari Lubnan dirampas mengandungi pil Captagon yang tersembunyi di dalam buah delima.

Perkembangan itu di tengah-tengah Lubnan yang sudah terlibat dalam krisis ekonomi terburuk lebih berminat untuk membaiki hubungan dengan kerajaan dan negara Teluk yang lain.

Pada bulan lalu, satu lagi rampasan terbesar pil Captagon melibatkan kira-kira 9,000,000 pil tersembunyi di dalam buah oren palsu.

Menurut AFP, sejak awal tahun ini sahaja, lebih 25 juta pil Captagon telah dirampas di seluruh rantau itu. -AFP