Monday, 16 May 2022

UNHCR gesa Thailand pindahkan pelarian Myanmar ke tempat lebih selamat

  • Published in Berita Dunia

THAILAND, 22 Januari - Thailand digesa memindahkan kira-kira 1,000 pelarian Myanmar yang berlindung di Mae Sot, Wilayah Tak ke lokasi lebih selamat.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mahu perkara terbabit dilaksanakan segera.

Badan yang mengendalikan hal ehwal pelarian UNHCR memaklumkan pergolakan berterusan di sempadan Myanmar menyebabkan keperluan kemanusiaan yang mendesak.

Demi prinsip kemanusiaan, kerjaan Thai diminta memindahkan pelarian terlibat ke lebih selamat.

Badan itu turut meminta bantuan sesuai disalur kepada kumpulan terbabit.

Kira-kira 9,500 orang awam dipaksa meninggalkan rumah mereka di negeri Kayin dan Kayah di tenggara Myanmar ekoran pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan.

Mereka menjadikan Wilayah Tak dan Mae Hong Son di Thailand sebagai tempat berlindung.

Ketika ini, jumlah terbabit berkurangan kepada sekitar 1,000 orang.