Monday, 16 May 2022

1.8 Hektar pantai terjejas tumpahan minyak

  • Published in Berita Dunia

PERU, 22 Januari - Para petugas sibuk membersihkan pantai berhampiran Daerah Ventanilla, Peru akibat tumpahan minyak di laut susulan letusan gunung berapi di Tonga.

Kementerian Alam Sekitar dalam satu laporan memaklumkan, sekurang-kurangnya 1.8 hektar pantai terjejas.

Rabu lalu syarikat gergasi minyak Sepanyol Repsol mengesahkan sebanyak 6,000 tong minyak tertumpah ketika proses menapis minyak dilakukan.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri Peru memaklumkan, insiden tersebut bencana ekologi terburuk setakat ini.

Datuk Bandar Daerah Ventanilla Pedro Spadaro dalam pada itu meminta kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat alam sekitar di kawasan itu.

Pihak Repsol digesa membayar pampasan bagi kemalangan itu kerana ia telah menyebabkan kerugian besar bagi ratusan keluarga nelayan dan membahayakann tumbuh-tumbuhan dan haiwan di dua rizab semula jadi berdekatan.

Repsol walaubagaimanapun lepas tangan kerana kejadian tersebut tidak dirancang dan bukan disebabkan oleh mereka.