Tuesday, 17 May 2022

Doktor AS alami keletihan melampau, banyak pesakit COVID-19 tidak divaksin

  • Published in Berita Dunia

FOTO AFP

NEW YORK, 20 Januari- Keletihan melampau dan amat kecewa dengan peningkatan pesakit tidak divaksin. Dr. James Samuel Pope, pakar perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Hartford di negeri Connecticut amat berharap gelombang Omicron menjadi penamat kepada pandemik COVID-19.

“Pertambahan kes amat tinggi dalam tempoh dua minggu terakhir,” Kata Pope, Pengarah Perubatan ICU di Hospital Hartford. “Ramai masuk ke ER (Bilik Kecemasan) berbanding pernah dialami sebelum ini.”

Menurut Pope, kebanyakan pesakit yang dirawat adalah mereka yang tidak menerima vaksin dan kebanyakan mereka perlu menjalani rawatan intubasi serta memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pope juga sedia maklum tidak semua pesakit bawah jagaannya akan pulang semula ke rumah.

“Kekecewaan amat jelas,” kata Pope ketika melawat dan merawat satu pesawat ke pesakit lain yang berumur dalam lingkungan antara 22 hingga 80-an.

“Semua kami (petugas perubatan) mengalami keletihan melampau terutama petugas perubatan yang mengendalikan pesakit COVID-19 sejak pandemik bermula, Kata Pope kepada wartawan.

Setakat ini jumlah kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat melebihi 69.714 juta kes manakala kematian melebihi 880,500 kes. Kes positif baharu pula kekal tinggi sejak berbulan lalu, iaitu 649,506 kes dalam tempoh 24 jam terbaru. -AFP