Friday, 27 May 2022

Ribut musim sejuk membadai wilayah tenggara Kanada, mengakibatkan salji dan ais tebal

  • Published in Berita Dunia

FOTO: AFP

ONTARIO, 18 Januari - Ribut musim sejuk membadai wilayah tenggara Kanada, mengakibatkan salji dan ais tebal.

Demi keselamatan penduduk, amaran cuaca ekstrim dikeluarkan pihak berkuasa.

Toronto, bandar terbesar Kanada, diramal menerima salji setebal dua kaki atau 60 sentimeter.

Video memaparkan situasi kawasan yang dilitupi salji tebal.

Kenderaan tidak boleh digunakan, menyukarkan pergerakan penduduk.

Kebanyakannya, terpaksa mengorek salji bagi membuat laluan pejalan kaki.

Fenomena alam itu turut menyebabkan lebih sepertiga penerbangan di Lapangan Terbang Pearson dibatalkan.