Friday, 27 May 2022

Putera Harry mohon biayai sendiri kawalan keselamatan di United Kingdom

  • Published in Berita Dunia


FOTO AFP

LONDON, 17 Januari - Putera Harry memohon semakan kehakiman terhadap keengganan Pejabat Dalam Negeri membenarkan beliau membayar sendiri kawalan polis untuk keluarganya ketika berada di United Kingdom.

Duke of Sussex yang kini menetap di Amerika Syarikat itu berkata pasukan keselamatan peribadinya tidak mempunyai bidang kuasa yang mencukupi di luar negara.

Harry hilang hak ke atas mempunyai kawalan polis yang dibiayai pembayar cukai selepas berundur daripada tugas diraja pada 2020.

Harry berkata beliau mahu melawat negara asalnya bersama keluarganya, tetapi perlu memastikan keselamatan mereka.

Permohonan untuk semakan kehakiman merupakan satu cabaran di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan badan awam atau jabatan kerajaan.

Ia berikutan insiden keselamatan di London pada Julai 2021 apabila kereta Harry dikejar jurugambar sewaktu meninggalkan acara amal.