Friday, 27 May 2022

Nusantara, nama ibu negara baharu Indonesia

  • Published in Berita Dunia


FOTO AFP

JAKARTA, 17 Januari - Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara.

Lapor agensi berita Antara, perkara itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa hari ini.

Menurutnya, nama itu dipilih dan disahkan oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

"Pilihan ini dibuat kerana Nusantara sudah diketahui sejak dari dulu lagi, selain menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan Indonesia." kata Jokowi.

Namun, belum dapat dipastikan sama ada ibu negara baharu itu akan dijadikan sebagai wilayah atau bandar.

Pada 2019, Jokowi mengumumkan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta akan dipindahkan ke Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.

Langkah itu dibuat berikutan keadaan yang semakin sesak di Jakarta, selain bandar raya itu dilaporkan semakin tenggelam.