Sunday, 22 May 2022

Kes positif COVID-19 melonjak 10 kali ganda, Ecuador isytihar Amaran Merah

  • Published in Berita Dunia

FOTO AFP

QUITO, 17 Januari- Kerajaan Ecuador mengisytiharkan tahap ‘Amaran Merah’ di hampir keseluruhan negara selepas menyaksikan peningkatan 10 kali ganda kes positif COVID-19.

 Amaran itu terpakai di 193 daripada 221 bahagian di negara Amerika Selatan itu, termasuk kawasan penduduk utama seperti Quito dan Guayaquil.

Sesi persekolahan juga diarahkan tutup sehingga 21 Januari ini.

Kes positif harian meningkat kepada purata 4,000 dalam tempoh seminggu ketika krismas kepada lebih 42,000 pada minggu ke-2 bulan Januari, menurut kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Jose Ruales.

"Jumlah kes jangkitan itu paling tinggi pernah direkodkan sejak pandemik bermula,” kata Ruales.

Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, purata kes harian yang pernah direkodkan setakat hujung tahun lalu hanya sekitar 13,000 kes iaitu dari 25 April sehingga 1 Mei 2021.

Menurut Ruales peningkatan kes positif adalah disebabkan varian mudah merebak yang dibimbangi di seluruh dunia, Omicron juga sambuatan Krismas dan Tahun Baharu 2021.

Setakat ini, Ecuador merekodkan sebanyak 614,000 kes positif dan 34,200 kematian akibat COVID-19.

Negara itu dihuni kira-kira 17.7 juta penduduk.

Bulan lalu, Ecuador telah mewajibkan pengambilan vaksin dan mula memberikan imunisasi kepada semua penduduk dari umur lima tahun ke atas.

Setakat ini, kira-kira 81% daripada populasi yang layak telah diberikan vaksin sepenuhnya. -AFP