Tuesday, 18 January 2022

updated 4:45 AM UTC, Jan 18, 2022

Perbicaraan Aung an Suu Kyi, keputusan dijangka diumumkan mahkamah Junta selasa ini

  • Published in Berita Dunia

NAYPYIDAW, 28 November - Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dijangka mengetahui keputusan perbicaraan hasutan dihadapinya,Selasa ini.

Ia menjadi kes penghakiman pertama mahkamah Junta yang boleh disabitkan hukuman penjara selama berdekad.

Penerima Anugerah Nobel itu ditahan sejak kerajaan Myanmar digulingkan awal Februari lalu sehingga menamatkan tempoh demokrasi singkat negara Asia Tenggara berkenaan.

Menurut kumpulan pemerhati tempatan, lebih 1,200 orang terbunuh manakala 10,000 lagi ditahan pihak berkuasa kerana berbeza pendapat.

Suu Kyi berdepan hukuman tiga tahun penjara jika didapati bersalah mengeluarkan kenyataan hasutan terhadap tentera.

Namun perancangan junta terhadap Suu Kyi masih tidak diketahui ketika pihak berkuasa boleh menangguhkan keputusan itu.

Wartawan dihalang mengikuti prosiding di mahkamah khas di ibu negara Naypyidaw, yang dibina oleh tentera, manakala peguamnya juga dilarang bercakap kepada media.