Belanda laksana semula perintah berkurung
- Written by Media Baharu
- Published in Berita Dunia
THE HAGUE, 27 November - Belanda melaksanakan perintah berkurung pada Jumaat di tengah-tengah peningkatan jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital di seluruh negara.
Semua kegiatan di negara itu akan ditutup dari 5 petang hingga 5 pagi di bawah peraturan semasa.
Bagaimanapun, sekolah dan universiti akan terus dibuka.
Perdana Menteri Sementara, Mark Rutte berkata sekatan baharu itu dijangka dikuat kuasa selama sekurang-kurangnya tiga minggu.
Menurutnya, penasihat telah menggesa kerajaan mengambil tindakan untuk mengurangkan bilangan kontak orang ramai sekurang-kurangnya 20 peratus.
Ketika pengumuman dilakukan, penunjuk perasaan mula melancarkan demonstrasi di jalan raya, membantah perintah berkurung berkenaan.