Logo

COVID-19: Perintah berkurung di Aukland tamat awal bulan depan

AUCLAND, 23 November - New Zealand akan menamatkan perintah berkurung selama tiga setengah bulan di Auckland, iaitu bandar terbesar di negara itu, awal bulan depan.

Perkara itu diumum Perdana Menteri, Jacinda Ardern bagi memberi tumpuan kepada pelaksanaan strategi baharu mengawal penularan COVID-19.

Beliau berkata, mulai 2 Disember ini, New Zealand akan melaksanakan respons baharu COVID-19 - yang pertama kali dibentangkan bulan lalu - bertujuan mengekang penularan varian Delta.

Pendekatan baharu itu sebagai alternatif kepada sekatan COVID-19 yang diperkenalkan sebelum ini yang gagal mencapai sasaran sifar COVID.

Ardern berkata, Auckland akan diletakkan di bawah tahap merah - iaitu perniagaan dibenarkan tetapi hanya kepada pelanggan lengkap vaksin dan mematuhi jarak selamat.

Manakala sekatan masuk ke bandar itu juga akan dibuka semula bermula 15 Disember.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.