Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

England longgar ujian COVID-19, langkah lonjak kembali industri pelancongan

  • Published in Berita Dunia

ENGLAND, 15 Oktober - Pelancong yang lengkap vaksin COVID-19 dari negara berisiko rendah tidak perlu melakukan Ujian PCR sebaik tiba di England mulai 24 Oktober.

Ujian yang mahal ini dimansuhkan sebagai usaha meningkatkan industri pelancongan serta langkah menormalkan perjalanan antarabangsa.

Ujian saringan dan peraturan rumit didakwa menyukarkan pemulihan perjalanan udara sepanjang musim panas.

Bulan lalu kerajaan melonggarkan peraturan perjalanan antarabangsa ke England bagi melonjakkan industri pelancongan.

Pelancong lengkap vaksin boleh melakukan ujian pantas COVID-19 pada atau sebelum hari kedua ketibaan.