Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Saluran paip gas Syiria diletupkan, Militan Daesh mengaku bertanggung jawab

  • Published in Berita Dunia

SYIRIA, 19 September - Militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas saluran paip gas asli utama di tenggara ibu negara Syria sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik, termasuk di kawasan sekitar.

Kumpulan itu menerusi satu kenyataan menyebut mereka mampu untuk meletupkan saluran gas yang menghubungkan loji tenaga Tishreen dan Deir Ali.

Ketika ini, stesen Deir Ali dan Tishreen masih belum beroperasi.

Memetik laporan agensi berita sana', Menteri Tenaga Ghassan al-Zamek berkata stesen Deir Ali di Tenggara Damsyik itu menjana separuh daripada bekalan elektrik di Syria.

Serangan pada petang Jumaat menyebabkan stesen tersebut terpaksa dihenti tugas.

Ia menjejaskan operasi beberapa stesen menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Damsyik dan kawasan berhampiran kira-kira 30-minit, sebelum bekalan disambung semula.

Kerja penyelenggaraan sudah dimulakan semalam, namun penduduk mungkin berdepan catuan bekalan agak serius sehingga saluran paip gas diperbaiki sepenuhnya.