Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Arab Saudi umum sedia terima kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari

  • Published in Berita Dunia

JEDDAH, 8 September - Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari.

Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi menerusi perkongsiannya di Twitter berkata, pihaknya sedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga 120,000 sehari berbanding 60,000 ketika ini.

Segala operasi dan persiapan menyambut kedatangan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan semua langkah pencegahan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah mengerjakan umrah.

Pihaknya akan sentiasa memantau setiap ruang di Masjidil Haram dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran urusan jemaah.