Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Varian Mu imun terhadap vaksin

  • Published in Berita Dunia

GENEVA, 6 September - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi laporan terkini epidimiologi yang diumumkan secara mingguan mengeluarkan amaran varian baharu yang dikenali varian Mu kini telah bermutasi serta mempunyai tahap imunisasi tinggi terhadap vaksin.

Laporan itu menyebut, Varian Mu mempunyai ketahanan tinggi melawan keberkesanan terhadap vaksin dan kini dalam pemerhatian WHO.

Varian yang membimbangkan itu pertama kali dikenalpasti di Colombia pada Januari 2021.

Ia kini telah menular di 43 negara, antaranya Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Sejak pandemik melanda pada 2019, lebih 4.57 juta orang maut akibat COVID-19 di seluruh dunia.

Jangkitan global pula kini melebihi 221 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas di dunia dengan lebih 665,000 kematian.

Ia disusuli Brazil, India, Mexico dan Peru.

Statistik terkini menunjukkan negara dengan jumlah kematian terbaru paling tinggi adalah Amerika (2,178 kes), diikuti Mexico (1,177 kes).