Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

WHO jangka varian Delta bakal jadi strain dominan COVID-19

  • Published in Berita Dunia

GENEVA, 22 Julai - Varian Delta yang lebih berbahaya dan pantas menular bakal menjadi strain dominan COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Jangkaan dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Varian Delta pertama kali di kesan di India kini sudah menular di 124 wilayah, 13 daripadanya minggu lalu.

Ia menyumbang lebih daripada tiga per empat penjujuk spesimen di banyak negara utama.

Beberapa negara merekodkan penyebaran varian Delta melangkaui 75%.

Kes jangkitan baharu tertinggi dilaporkan di Indonesia, diikuti United Kingdom dan Brazil.