Logo

Jemaah haji bergerak ke Mina bermula tengah malam

MUZDALIFAH, 20 Julai - Seramai 60,000 jemaah haji yang berada di padang Arafah semalam kini berada di Muzdalifah .

Di situ, mereka mengumpul batu kecil untuk menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina.

Kumpulan jemaah bergerak ke Muzdalifah selepas menghabiskan masa sekitar 12 jam berwukuf di Arafah.

Setiap pergerakan dipantau pasukan keselamatan dan pengendali haji bagi memastikan mereka patuh prosedur operasi standard pencegahan COVID-19.

Jemaah kemudian akan bergerak dari Muzdalifah ke Mina, bermula tengah malam Isnin.

Mereka dijadual bermalam di Mina dan melaksanakan ibadah melontar.

Media tempatan melaporkan Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah mengesahkan tiada kes COVID-19 dikesan dalam kalangan jemaah haji setakat ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.