Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Pihak berkuasa Arab Saudi lengkapkan langkah keselamatan

  • Published in Berita Dunia

MEKAH, 19 Julai - Pihak berkuasa Arab Saudi telah melengkapkan semua langkah keselamatan bagi melancarkan ibadah haji tahun ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr Mohmmad Al-Abd Al-Ali berkata, langkah keselamatan itu termasuk penggunaan teknologi digital.

Jelasnya, robot digunakan untuk melakukan sanitasi di sekitar Ka'bah.

Tahun ini, gelang pintar diperkenal yang lengkap dengan maklumat mengenai haji, tahap oksigen serta data vaksin, selain mempunyai ciri keselamatan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, 147 individu dikesan cuba memasuki tanah suci tanpa kebenaran.

Tahun ini, bilangan jemaah haji dihadkan kepada 60,000 orang sahaja berbanding 2.5 juta jemaah sebelum ini.

Ibadah itu hanya melibatkan penduduk Arab Saudi manakala individu dari luar negara tidak dibenarkan sama sekali.