Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Thailand kenakan sekatan lebih ketat di tiga lagi wilayah

  • Published in Berita Dunia

BANGKOK, 19 Julai - Sebanyak 3 lagi wilayah Thailand dikenakan sekatan lebih ketat, termasuk perintah berkurung.

Ini susulan negara itu mencatat 11,397 kes baharu COVID-19.

Ia merupakan jumlah harian tertinggi direkodkan untuk 3 hari berturut-turut.

Thailand melaporkan 101 kes kematian dalam tempoh 24 jam.

Kes jangkitan kini mencecah lebih 403,300, manakala jumlah korban 3,341, sejak pandemik mula merebak pada Januari tahun lalu.

Menurut Warta Diraja, 3 wilayah iaitu Chon Buri, Ayutthaya dan Chachoengsao diletakkan di bawah kawasan sekatan maksimum.

Perintah Berkurung berkuat kuasa 20 Julai hingga 2 Ogos, bermula 9 malam hingga 4 pagi.

Pusat beli-belah dan beberapa perniagaan akan ditutup .

Langkah terbaharu itu bermatlamat untuk menghentikan penularan virus terutama varian Alpha dan Delta.