Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Singapura perketat sempadan

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 12 Julai - Singapura memperketat proses kemasukan terhadap pengembara dan penduduk tetap asal Indonesia ke republik itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan Kementerian Kesihatan memaklumkan, pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dalam tempoh 21 hari juga tidak dibenarkan transit bermula hari ini.

Syarat kemasukan pengembara dengan sejarah perjalanan ke Indonesia perlu negatif ujian PCR yang diambil dalam masa 72 jam sebelum berlepas ke Singapura.

Kini, semua pengembara perlu menunjukkan keputusan ujian PCR yang diambil dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

Pelawat yang tiba di Singapura tanpa keputusan ujian PCR negatif yang sah tidak akan dibenarkan masuk.

Kenyataan tersebut turut menekankan, pemegang status penduduk tetap dan pas jangka panjang yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan turut berdepan tindakan pembatalan permit.

Kerajaan Singapura sebelum ini menguatkuasakan Notis Tinggal di Rumah selama 14 hari dengan mengambil ujian saringan PCR semasa ketibaan dan ujian PCR pada hari ke 14 dan Antigen Rapid Test pada hari ketiga, ketujuh dan 11 selepas tiba.