Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Buka pelancongan di Phuket, tidak perlu kuarantin

  • Published in Berita Dunia

PHUKET, 1 Julai - Thailand bersiap sedia membuka semula Phuket kepada pelancong tanpa kuarantin.

Langkah itu sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan negara.

Pelancong yang sudah disuntik vaksin dijangka dibenarkan untuk berkunjung ke pulau itu tanpa kuarantin.

Namun, pembukaan Phuket yang bermula bulan ini belum dapat dipastikan berikutan kelewatan kelulusan kerajaan.

Thailand cuba membendung gelombang ketiga COVID-19 dengan mengenakan sekatan di Bangkok dan kawasan pinggiran yang menyaksikan varian alpha dan delta pantas tersebar.

Jurucakap Jawatankuasa Khas COVID-19, Taweesin Visanuyothin berkata kira-kira 250 pelancong dijangka tiba di pulau itu hari ini melalui empat penerbangan.

Thailand kebiasaannya menerima kira-kira 40 juta pelancong setiap tahun.

Sektor itu menyumbang kira-kira 18 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Thailand.