Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

UK Lulus penggunaan vaksin Pfizer-Biotech, bagi golongan berumur 12 hingga 15 tahun

  • Published in Berita Dunia

LONDON, 11 Jun - Agensi Kawal Selia Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) United Kingdom meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech ke atas kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.

Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock berkata, keputusan dibuat selepas meneliti tahap keselamatan dan keberkesanannya serta mendapati manfaatnya melebihi risiko bagi kelompok usia tersebut.

Beliau turut mengesahkan, UK mampu memberi suntikan dengan bekalan sedia ada sekiranya Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) bersetuju melaksanakan proses vaksinasi.

Tambah beliau, meskipun telah diluluskan di peringkat agensi, pihaknya akan terus mendapatkan saranan klinikal daripada JCVI mengenai langkah-langkah seterusnya agar UK dapat keluar dari kemelut kesihatan ini selamanya.

Disember lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech ke atas individu berusia 16 tahun ke atas kemudian meluaskannya kepada kanak-kanak seawal 12 tahun pada May yang turut diikuti Canada.