Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Putera Harry dan Meghan umum kelahiran anak kedua

  • Published in Berita Dunia

CALIFORNIA, 7 Jun - Putera Harry dan isteri, Meghan mengumumkan kelahiran anak kedua mereka pada Jumaat.

Bayi perempuan yang selamat dilahirkan di California, Amerika Syarikat itu diberi nama "Lilibet Diana"

Pasangan berkenaan memilih "Lilibet" sempena nama nenek moyangnya, yang juga merupakan Ratu England.

Gabungan nama itu juga bagi memperingati ibu Putera Harry, mendiang Puteri Diana.

Pasangan itu mempunyai anak pertama, Archie yang lahir pada 2019.

"Ratu, Putera Wales dan Duchess of Cornwall, dan Duke dan Duchess of Cambridge telah dimaklumkan dan gembira dengan berita itu," kata Istana Buckingham.

Perdana Menteri Boris Johnson juga mengirimkan ucapan tahniah.

Meghan dan anak dikhabarkan kini selamat berada di rumah mereka.