Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Varian COVID-19 India dikesan di 60 wilayah

  • Published in Berita Dunia

INDIA, 27 Mei - Varian baharu COVID-19, semakin merebak .

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan varian COVID-19 yang pertama kali dikesan di India kini telah direkodkan di 53 wilayah.

Selain itu, maklumat ..menunjukkan bahawa varian B.1.617 telah ditemui di tujuh wilayah lain, menjadikan keseluruhannya 60 wilayah telah ditembusi varian baharu virus berkenaan di India.

Menurut laporan tersebut, B.1.617 telah menunjukkan peningkatan penularan, sementara tahap risiko jangkitan masih disiasat.

Sepanjang minggu lalu, jumlah kes dan kematian baharu di seluruh dunia terus berkurangan.

4.1 juta kes baharu dan 84,000 kematian dilaporkan, penurunan masing-masing 14 dan 2 peratus berbanding minggu sebelumnya.

India merekodkan 1.84 kes jangkitan sepanjang tujuh hari lalu, namun angka itu susut 23 peratus berbanding minggu sebelumnya.